AWAS : Entri ini bersifat berputar-putar.

Pagi semalam, Incik RestNrilekS bawa motor macam Pak Haji ke surau : 60 - 70km/j di Jalan Kuching. Kebiasaannya dipulas minyak sehingga 100-120km/j. Sambil memandu, Incik RestNrilekS bernyanyi di dalam hati. Lagu pilihan "Aaaaaaaahhhhhh ahhhhh kuda ku lari gagah berani..." Zoooommmm! Oh mak kao!! berdesup sebuah Mini Cooper S memotong laju di laluan kiri. Ahhh jeles sungguh hati kecil ini berkata. Tak semena-mena, terbayang pula Si Incik Krueger kita memandu kudanya mencelah-celah di kota metropolitan Kuala Lumpur Whoaho!!.


Incik Kruger, Si AzmanIshak dengan "Tagline"nya - Amaran : Ini adalah blog orang dewasa. Incik RestNrilekS tersenyum. Terbayang pula Kak Jie sibuk melayan karenah anaknya. Kak jie ni selalunya aktif pagi-pagi. Eh, DenaiHati pun bermain di minda, mesti sibuk cantik dan kemaskan denai-denai jalan kejayaan. Zuls mesti bertungkus lumus seperti biasa. Hmm! Blogger berbahasa Melayu @ Malaysia yang kerap saya kunjung. Saya sambung tersengih-sengih lagi sambil membawa motor menghirup udara sesak pagi Jalan Kuching.

PONNNNNN!!

BERHENTI!! opss berhenti3x!! Fokus Rizal fokus!

Blog Bahasa Melayu atau Malaysia yang indah itu memang "Syiok!" untuk dibaca. "Syiokk!!" Itu pendapat saya. Dan saya berdiri teguh di atas pendapat saya. Memanglah, 90% entri di RestNrilekS adalah di dalam Bahasa Inggeris, tapi itu tidak bermakna saya tidak suka Bahasa Melayu. Dua-dua bahasa adalah penting. Satu penting untuk luaran, satu lagi penting untuk dalaman ; jati-diri.  Fungsi Bahasa Melayu itu tetap ada di dalam "blogging."

Gaya bahasa sampah, bahasa mat dan minah rempit, dan bahasa pasar semuanya bersepah-sepah di dalam blog Bahasa Malaysia.

Hak anda sebenarnya untuk menggunakan gaya bahasa yang anda rasakan sesuai. Dan hak saya juga sebenarnya untuk terus tutup laman anda sebaik sahaja terhidu bahasa anda itu. Anda mahu apa yang anda tulis diambil serius, maka bersikap serius la di dalam penulisan anda. Tiada yang comelnya apabila anda sudah dikira dewasa tapi masih menulis menggunakan gaya "Hello Kitty" sebagai sumber inspirasi. Tiada yang indahnya menggunakan bahasa melepak. Lagi mual bila anda mencarut-carut. Itu sesuai ketika bersosial. Jangan salah sangka, saya gunakan bahasa pasar juga ketika bersosial.

Menulis secara hemah itu membosankan? Penulisan teratur itu skema? Luahan emosi tidak tercapai? Tiada "feel"? Itu kata anda. Atau sebenarnya anda yang kurang mahir menggayakan penulisan anda. Gaya bahasa saya? Aha! bercompang-camping di sana-sini. Tapi, tidak mengapa, saya mulakan dengan satu langkah. Anda bila lagi?


Fitrah manusia itu sukakan sesuatu yang indah.

Ya, saya yakin dan pasti. Semua orang boleh berborak. Hampir semua orang boleh berbual. Semua orang boleh bergossip. Tapi bukan semua orang boleh MENYAMPAIKAN dan bukan semua orang BOLEH BERHUJAH. Dua yang terakhir itu memerlukan kemahiran. Sebagaimana kemahiran lain (melukis, mencipta lagu, mereka bentuk, berniaga), ianya perlu diasah.

Gaya bahasa sampah ini perlu dielakkan, kerana ianya membantutkan proses berfikir.

Ada isu panas, cepat sahaja ia merebak di kalangan blogger. "Syiok!!" membaca kupasan penulis.. Tapi, sampai situ sahajalah. Tiada ulasan lebih lanjut. Pembaca suka mengiya. Atau panasnya pembaca suka beremosi. Aha! Lihat sahaja isu panas penggunaan kalimah ALLAH. Berapa ramai yang memaki-hamun, segelintir yang mengulas. Isu PDRM? Sama sahaja. Oh! Tidak. Apakah ketandusan ayat untuk berhujah. Tandus benar kah bahasa melayu / malaysia itu sendiri..Sigh...Atau pun orang Melayu itu lesu dengan Bahasa Melayunya. Salahnya siapa?

Katanya muda-mudi masa kini lantang dan bebas bersuara? Ya memang lantang tapi tidak cerdik. Owh! patutlah ada pepatah lama, Tong yang kosong itu berbunyi dengan kuat. DUNGGGGGGG!!


Satu ketika dulu, saya terima emel. Berbunyi lebih kurang begini. " Maaf saya X dari.. ingin bertanya maklumat tentang rotan. Kalau boleh dapat maklumat segera bagus ye sebab saya ada "presentation" akhir dalam masa terdekat" Saya tidak marah kepada si dia. Tapi agak geli hati melihat tatacara kali pertama sidia memperkenalkan diri. Lantang dan berani - Ya. Cerdik - boleh diperbaiki : )

Saya mengajar kelas rekaan. Kreatif dan kritis itu adalah satu syarat utama. Wah, pelajar saya bukan main kepoh berborak dan berbual di dalam bengkel, tapi membatu bila ditanya semasa sesi pembentangan : )

Berhenti3x!!.. Rizal tukar Rizal..

Malas sebenarnya nak panjang2kan isu ni. Dulu ustaz ada selalu sebut "Mengerti lah ia bagi yang mengerti dan tidak mengerti lah ia bagi yang tidak mengerti." Whoaho!! Cerita panjang-panjang ada yang marah. Tapi harap maklum ye, ini sekadar pandangan. Yang diutarakan pun tak ditujukan kepada sesiapa. Cuma sekadar pandangan. Tidak semestinya ada perlu setuju. Dan agak tidak sejuk (cool) untuk anda marah. Buang "karen" dan tenaga sahaja. Tapi komen yang nakal2 saya padam. Kenapa? Sebab ini rumah saya. Ahaha. Dan hak saya untuk kekalkan keharmonian rumah saya. Whoaho!!

p/s : Sengaja ditulis dalam 3 gaya yang berbeza.Eeee haa : D. Komen? tak harapkan juga sebab ini bukan isu biasa di dalam RnR.

Ok, kalau anda berminat
untuk membaca dengan lebih lanjut, boleh singgah ke sini : -



Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. Cak pong! Cak Pong!!

Jumpa Lain Kali.
:astig:
[Please share if you like / Sila Kongsi jika sudi : ) ]

57 ulasan:

  1. mangosteenskin11 Mei 2010 11:27 PG

    dalam pada saya dilema tentang bahasa blog ini, rizal pulak menulis entri tentang bahasa. Hmm..

    BalasPadam
  2. best baca entri ni... memang sungguh indah bahasa BM bila ditulis dengan sempurna. Teringat chegu saya masa tingkatan satu... she was very humble and always used proper BM in class.

    I'm not too bothered by the language used. But too much foul language can spoil one's 'appetite'.. hehe

    saya sebenarnya bersetuju dengan pendapat Rizal... agree to disagree. Kalau tak sependapat pun, tak perlu marah2 atau memaki-hamun. :-D

    Have a nice day! Peace...

    BalasPadam
  3. Blog Kak Jie hanya sisipan harian utk kawan-kawan berhenti lelah mengisi hari di pejabat.

    Hidup seorang suri rumah, bukan ada apa sangat yang nak dikongsi - dunia tidak sebebas seluas orang lajn tetapi jangan biarkan akal dan minda terkurung.

    p/s depan pc kak jie , taman yg rizal nampak tu lah... ada sliding door besar dan bial penat membaca di skrin...lepaskan bebas mata menatap bukit bukau depan rumah dan birunya langit di sapu gebu-gebuan awam...

    cess.... dan lagi..oksigen yg bersih

    BalasPadam
  4. Salam Rizal,

    Mula-mula sekali, terima kasih sebab puji nama saya yang dianggap "unik". Haa.. Tang mana uniknya pun saya tidak pasti. Tapi saya suka nama saya. Hehe (tak sempat nak membalas komen di blog sendiri kerana sibuk menziarahi blog-blog rakan yang tertinggal minggu lepas)

    Bahasa Melayu yang Encik Rizal tulis sememangnya indah dan mudah difahami. Saya sering kali mempunyai masalah ketika membaca blog-blog berbahasa Melayu ini kerana:

    1. Penggunaan bahasa singkatan dan pasar yang kurang difahami. Maklumlah, dalam pada usia 20-an ni, saya selalu tertinggal dengan penggunaan bahasa pasar yang "latest" dan "trendy". 

    2. Seperti yang saudara ulas dalam petikan, kadang kala, post yang ditulis terlampau kanak-kanak bagi saya. Saya selalu tidak tahu hendak meninggalkan komen yang bagaimana di dalam post seperti itu. Selalunya hanyalah: "Hahaha"

    3. Kurang informasi atau kurang olahan peribadi. Jangan silap sangka, saya pun suka membuat post mengenai isu semasa, (dan sememangnya ia akan menarik ramai pengunjung) tetapi, ramai yang hanya bertindak "copy and paste" dari surat khabar online ataupun dari blog-blog yang lain tanpa pengolahan tersendiri. Gaya olahan individu lah yang banyak menarik perhatian saya dalam membaca blog-blog seperti ini.

    Saya sememangnya teringin nak menulis post dalam bahasa Melayu, tetapi kerana kelompok pembaca dan penziarah blog Hot Shit Form Here lebih dari 64% daripada USA, saya terpaksa akur dengan kehendak ramai. 

    Walau bagaimanapun, saya telah berjaya menyelitkan beberapa post dalam Bahasa Melayu di dalam blog My Little Black Pot. Walaupun hanya satu atau dua, saya harap ianya akan dapat memenuhi citarasa pembaca Malaysia pada masa akan datang. Insyallah :)

    BalasPadam
  5. Harap maaf sekiranya ada kesalahan tatabahasa dan ejaan! 

    BalasPadam
  6. Salam Manggo.

    Tula Rizal ada perasan yang hari tu Manggo dalam dilema samada hendak berblogging menggunakan BM atau BI.  Rizal pun sama juga.  Nak buka 2 blog, rasanya tak terkejar la.

    Jadi - Rizal amalkan konsep Rojak di sini.  Bukan Rojak bahasa tapi rojak diselang-seli.  Ho Ho Ho

    Selamat Hari Selasa :-D

    BalasPadam
  7. Nessa,  Terima Kasih.

    Ehh Entri nessa pun selalu buat rizal terhibur.  Kira agak2 muram durjana yer hati, kunjung la blog Nessa.

    Aha, tentang bahasa tu, blogger yang gunakan bahasa Inggeris jarang amalkan, tapi kalau blogger yang menggunakan bahasa Malaysia tu..

    senang aje nak nampak..

    "kite suka taw owang tuleh yg best2 tentang tite.. owh Tomeinya" - owh peningnya nak baca.  hehe.  Tu tak masuk tulisan yang kejap huruf besar kejap huruf kecil.  Haha.

    Tambah lagi yang bling2 tulisan macam sambutan Hari Merdeka.  Aduh bertambah pinar-pinar bahasa.  Hehe.

    Entri ni pun kira sahaja buat lain dari yang lain.  Ho Ho Ho

    Nessa selamat Hari Selasa.  : )

    BalasPadam
  8. Ehh! Rizal perasan Manggo pun dah mula menggunakan Bahasa Malaysia di dalam entri Manggo  : )

    BalasPadam
  9. aku lebih selesa menulis dgn gaya santai, bahasa rojak..sbb tu la yg slalu kita guna dlm kehidupan harian..kalau BM asli, hanya dlm karangan bahasa melayu je

    BalasPadam
  10. Salam Kak Jie,

    tapi tu yang bila bertandang rasa penat hilang lelah, lebih2 lagi bila dapat hidu udara oksigen segar. Akal dan minda terkurung? setuju bak kata kak jie

    Whoaho!! jeles ni dengar.  Syiok tu dapat dengar bunyi air berderu-deru.  Aha lepas ni nak beli sepasu dua pokok kecil letak dalam bilik bagi udara segar bugar. :-D

    BalasPadam
  11. Salam Xpo.  Tak da salahnya.  Gaya santai yang hang tulis pun syiok juga dibaca.  Rojak itu pun sedap juga.  Lebih-lebih lagi kalau rojak tu letak sotong.

    Penulisan dalam BM itu ada banyak cabangnya, macam juga penulisan di dalam BI - bersifat santai, ilmiah, diskusi, artikel dll.  Gaya penulisan yang tentukan.

    Selamat Hari Selasa

    BalasPadam
  12. Salam Haaziq..

    Waaaaahhhhhhhhh!! Syabas.. =-O =-O =-O =-O =-O :-D :-D :-D :-D Kali pertama ni Rizal tengok hang dok tuleh panjang macam ni.

    Terharu sungguh.

    Okay kejap nak "Live in the Moment" :-D

    BalasPadam
  13. mangosteenskin11 Mei 2010 9:07 PTG

    haha ya, thats what I said. kalau rizal perasan ada post dlm BI, ada yang dalam BM, ada juga yang rojak. hehehehe. Ada yang sewel ada juga yang skema. Tengah bereksperimen.

    Tiba2 hari ni selepas mango buat post dalam bahasa melayu 2-3kali, unique view meningkat. hm.

    BalasPadam
  14. Dalam maksud penulisan En Rizal ini. Apa yang saya dapat rumuskan :

    1. Bahasa jiwa bangsa bila sudah hilang bahasa maka pasti hilang bangsanya. Lihat anak muda sekarang dengan bahasa rojak dan bahasa smsnya maka hasilnya tidak kelihatan bangsanya lalu apa akan berlaku kepada anak cucu cicit mereka???? Sedangkan Pak Google juga melihat bahasa yang betul untuk mengindekkan penulisan kita.

    2. Tak perlua ada 2 blog cukup dengan 1 blog tetapi boleh mempunyai entri BM dan English. Blog ada sebahagian wadah untuk kita bersantai dan meluahkan apa yang terbuku di hati jadi sekiranya hari itu hati kita berbahasa BM maka tulislah BM tetapi jika hari itu hati kita berbahasa English maka tulislah dalam English. Insyallah pasti ada yg membaca.

    Cukup setakat ini. Nanti sambung lagi.

    BalasPadam
  15. Berputar putar jugak post ari ni.. hehehehee.. tapi terhibur juga hati aku bila membacanya.. hehehe

    Jalan cerita bagus... sampai aku teringat aku pulak yg memandu motor di jalan kuching.. hahhahaaa.. (tapi aku tak erti pandu motor langsung)

    Kekadang aku adalaa angan angan jadi mat rempit juga tapi.. takut jugak jatuh dari motor.. habislaa aku nanti.

    keng keng kenggggg

    BalasPadam
  16. Tapi manggo, secara serius, Rizal memang suka gaya santai blog BM Manggo.  Dulu Rizal selalu tersengih (sengih bukan perli tapi sebab "syiok") bila manggo komen menggunakan BM di RestNrilekS.

    Yang sewel?  ada ka yang sewel?  sewel tu mungkin Manggo rasakan tengah serabut tapi gaya santainya tetap menciutkan - Macam Sunlight.  Hehe.

    p/s : Rojak itu boleh jadi sedap dan enak :-D

    BalasPadam
  17. Haaziq, nama hang memang unik - ejaan pun "oooonik" :-D

    Tentang sibuk tu biasalah haaziq, kadang2 bila sibuk datang menyapa, sampai adoi tidak sempat nak buat apa-apa2.

    Pertama sekali : Tahniah, sebab haaziq menjawab dalam BM.  Bukan senang tu nak lihat Haaziq komen di dalam BM.  Hehe.

    Bahasa Haaziq pun indah juga :)

    1.  Bahasa pasar yang digunakan, memang banyak yang ke arah "slang".  Bila masuk sedikit-sedikit, gaya penulisan boleh jadi "cun" dan "syiok" untuk dibaca.  Kalau kerap sangat, boleh hilang tujuannya.  Macam falsafah rekaan : "More is Less, Less is More."  hehe  : D

    2.  Yang itu betul.  Kadang2 Rizal cuma ucapkan ayat ringkas sebagai maklum kepada empunya blog kehadiran Rizal di situ. Owh! mesti ayat2 begini biasa dijumpa "Tomeiiiinya dia.  Owang suke die.." hehehe :-D   Tapi memang tak comel langsung bila empunya blog dah berumur 20tahun lebih.  Ha Ha Ha

    3.  Yang ini, memang ramai yang suka lompat "Bandwagon".  Satu buat entri, semua buat.  Mula-mula memang "syiok", tapi alih-alih, pusing-pusing dok tang tu jugak.  "Syioknya" kalau isu yang diutarakan dikupas dengan pandangan yang berbeza.  Aha kalau nak buat kajian thesis, payah tu bila hendak cari maklumat, sebab semuanya sama.

    "<span>Gaya olahan individu lah yang banyak menarik perhatian saya dalam membaca blog-blog seperti ini.  "  SETUJU. Ho Ho Ho</span>

    Rizal pun dilema yang sama juga.  Tapi rasanya, kekalkan konsep begini.  Sekali-sekala entri ni diselitkan dengan BM.

    Manggo pun dah mula amalkan tu.  Syabas juga untuk pengisian di dalam MLBP :-D

    BalasPadam
  18. Aha, tak mengapa.  Ada salah ejaan tatabahasa dan ejaan, sebab dah nampak dah "intention"tu.

    Sini tiada Polis TataBahasa la Haaziq.

    Bahagian komen ni memang sengaja Rizal longgarkan gaya bahasanya  :-D

    BalasPadam
  19. Rizal nak nyanyi sedikit :

    Berputar-putar matanya, kali pertama membaca ia - Hehehe.

    Anny, Rizal selalu terhibur bila Anny komen di sini.  Ada gaya santai lucu.  Tu yang "Syiokkk" tu :-D

    Eh!  Baru Rizal teringat.  Jalan Kuching ka Jalan Kucing. hehe.

    Alah Anny, bawa ajer motor tu 50km/j.  Kira bawa motor kelajuan macam nak buat klip video lagu.  Ho Ho Ho.

    Terima Kasih singgah hiburkan ruang di sini ;) 8-) :-D

    BalasPadam
  20. Salam Bro.

    Betul tu.  Itu isunya.  Kebanyakkan tamadun yang hebat di dunia pun bermula dengan pembacaan.  Pembacaan yang menyentuh adalah hasil penulisan yang indah dan baik.Itu yang dimaksudkan jati diri.  Itu sebabnya wujud Bahasa Jiwa Bangsa.  Menulis secara berhemah itu sebenarnya menjadikan kita sedar pemikiran yang sedang berlaku.

    Rizal sebenarnya suka cara Bro kupas sesuatu isu di blog Bro, sebab bro selalunya tak sentuh terus tapi sentuh sipi-sipi.  He he he.

    Itu la, ingat sekali-sekala nak asah balik kemahiran menulis di dalam BM.  Entri BM ni mengambil masa lebih lama dari menulis entri BI (mungkin sebab kandungan kot)

    Terima Kaih juga sebab komen panjang lebar di sini  : )

    BalasPadam
  21. ahaks.. terima kasih dengan linky love tu.. :D terima kasih sebab singgah blog zuls sellau.. bangga tau masuk blog ni.. :D

    BalasPadam
  22. bila bercakap isu bahasa.. orang tua-tua kata, kalau hati kita bersih.. ayat-ayat yang keluar dari mulut kita/ yang kita taip sememangnya cantik dan indah.. cukup suka baca buku-buku tafsiran bahasa melayu tulisan hamka, imam ghazali - bahasanya cantik .. 

    BalasPadam
  23. Incik RestNrilekS! saya sudah baca tapi saya tidak beberapa faham... :-[ :-[ :-[

    BalasPadam
  24. <span>selamat Hari Rabu Rizal! </span> 8-) 8-)

    BalasPadam
  25. 8-) 8-) 8-) :-D :-D :-D Wah Mon at 3am.  Lambat tidur tu.  : D

    BalasPadam
  26. 8-) 8-) 8-) Aha, tak per Mon.  Bahasa BM tu lebih bersifat tersirat.

    You know la Mon after working out with DB, then suddenly winds of change blow right towards me.  Haha  : D

    BalasPadam
  27. Happy Wednesday to you too Mon.  Whoaho!!

    I feel like eating McD big Breakfast la this morning. haha

    BalasPadam
  28. Sama-sama.  Tiada masalah dengan linky love tu.

    Terima Kasih juga sebab selalu singgah ke teratak RestNrileks.
    Bangga masuk Blog ni? Ahaks.. kenapa pula?  Biasa-biasa sahaja blog ni.  Ishhhhh.. hang ni zuls :-D :-D

    BalasPadam
  29. Itu sebabnya dulu ada disebut.  Budi Bahasa Budaya Kita.  Sekarang ni kebanyakkan menganggap bila sebut gaya tutur yang indah, itu adalah lapuk dan gaya nenek moyang lama. 

    Gaya sekarangnya lantang dan kuat.  Tapi tu la masalahnya.  Terlalu bingit. :-D :-D

    Payah nak jumpa muda-mudi yang "finese" di dalam percakapan mereka.  Yang ada lantang. =-X

    BalasPadam
  30. masing2 de pendapat dan gaya sendiri.. tapi saya sokong yg bab komen dari pembaca. kadang2 mereka bila teremosi, jadi bahasa pun macam2 keluar. Sepatutnya tak macam tu, sebabnya boleh jer luahkan pendapat dgn bahasa yg bagus..

    BalasPadam
  31. mmg nampak beza antara 3 gaya bahasa..semuanya bergantung pada kita..

    100% setuju dgn kenyataan ini "<span>Wah, pelajar saya bukan main kepoh berborak dan berbual di dalam bengkel, tapi membatu bila ditanya semasa sesi pembentangan"...</span>

    Ini juga yg berlaku bila student baru masuk kerja..dah kerja setahun lebih pun masih perangai macam masa study..

    p/s - sama-sama kita memperbaiki kelemahan diri..

    BalasPadam
  32. suri cahaya cinta12 Mei 2010 9:30 PTG

    salam tuan rumah..
    Allah panjangnya kisah kat atas tu..suri orang baru rasanya masih banyak juga perkara yang perlu suri terokai.terima kasih atas pesana..

    harap2 penulisanku akan blh diterima yang lain..huhu ;)

    BalasPadam
  33. biasalah darah muda darah pahlawan , ada juga jumpa blog nama budakhitam.com, cantik gaya bahasanya.. 

    BalasPadam
  34. Aha.. darah muda darah pahlawan.. betul tu. hehe

    Dah kunjung budakhitam tu.  Betul budak lepas SPM tapi bahasanya indah :)

    BalasPadam
  35. Salam fiezaradzi,

    Betul masing2 ada gaya dan pendapatnya sendiri.  Berbeza pendapat tu salah asalkan bukannya bergaduh sampai beremosi.  Itu cuma sekadar bezaan pendapat.

    Selamat Berblogging  : )

    BalasPadam
  36. Salam Hafizmd..

    Bergantung kepada diri kita sendiri.  Memang betul.  Ramai juga di antara kita yang suka gunakan alasan, hidup aku hak aku, tapi terlupa yang sebenarnya kita ni hidup berkomuniti.  Hehe

    Owh! tentang isu kerja tu memang camtu.  Rizal tak kisah kalau pekerja tu berperangai kebudak-budakkan, janji dia tahu bila masa boleh jadi kebudakkan dan bila masa perlu serius.

    Kes yang hafiz sebut ada juga terjadi di tempat kerja Rizal  : )

    BalasPadam
  37. Waalaikummusalam.

    Aha, tu sebab maklum kat awal kata entri ni bersifat berputar-putar.  Haha.

    Tak pa, Rizal pun masih belajar.  Baru lama bukan masalahnya selagi kita semua terbuka untuk belajar dari satu sama lain.

    Adoiii Suri cahaya cinta, kenapa tak tinggalkan pautan pengenalan supaya senang rizal jejak :-D .  Nasib baik ada pakchik google.

    Penulisan suri okay ajer, boleh diterima kebanyakkan orang.  Indah gaya bahasanya  : )

    Selamat berblogging :-D

    BalasPadam
  38. Salam Rizal. Terima kasih le dok sebut sebut nama aku kat sini. Aku dulu kalau tengok entri lama memang agak berteruabur dan kusut masai gaya bahasa. tapi pendek kata diri sendiri nak berubah. ye lah kan... mase dulu dalam emosi jiwa kacau. maklum la orang nak kawin.. hahaa.. memacam dok pikir kan.

    kirenya sekarang ni perubahan demi perubahan dibuat untuk keselesaan pembaca. kita memang menulis artikel peribadi. tapi kalau rasa bahasa rojak orang tak suke,.. better kita jangan menulis online. menulis bahasa yang kene susun atur ade lebih elok dan sopannya kalau nak banding dengan bahasa rojak atau setengah orang sifatkan bahasa sampah.

    sekejap je orang singgah.. lepas tu rasa malas dah nak terjah. menjadi penulis dalam talian ni memerlukan beberapa aspek penekanan peribadi dan disiplin. hari hari nak cerita marah pon bosan jugak.. atau bila orang cerita pasal thomas cup.. ktia pon nak cerita pasal tu jugak... carik le idea lain. taau la perkataan thomas cup tu SEO-nye tinggi.

    Note: RESPECT entri ni. Banyak keyword memang cemerlang la pada sukatan GOOGLE Keywords.

    BalasPadam
  39. Salam Man aka AI (aku "syiok" pulak sebab singkatan kau) :-D

    Adoi, terharu sungguh hang dok tuleh panjang2.  Tu la, aku dulu ada perasan gak bila terserempak dengan blog hang.  Dalam hati dok kata, aduihhh garangnya mamat ni.  Hehe. Tapi tak pernah la pulak fikir yang blog bahasa hang ni kusut. hehe.

    Yang pasti,  penulisan ni kena latih dan asah.  Dan memang aku nampak gaya bahasa penulisan hang makin matang dan semakin "syiok" gaya bahasanya.  Dulu pun "syiok" tapi sekarang lagi "Power Roots" sebab kategori penulis dah berchek adik kot.  Miahaha.  Ada potensi jadi penulis sambilan.  Hang tak nak cuba dok hantar artikel kat majalah ka? Mana tahu.. Eh, penulisan hang sebagai penulis jemputan di DH pun memang aku tabik.  Matang dari segi gaya penulisan dan kupasan kandungannya.  Syabas Incik Krueger 8-) !!

    Disiplin yer memang betul.  Aku setuju (dok pandang diri sendiri yang tak berdisiplin ni. heheeee).

    Ehhh cerita marah?  Tema hang hari Jumaat hari marah ka man? =-O =-X =-X :-D :-D

    Note : Terima Kasih sebab "Respect" entri ni.  Err, tang mana nak hang "respect" pun aku tak pasti.  Keyword tu main taip jer, tu pun sebab guna SEO Plugin FF.  Ho Ho.  Tapi kadang2 bila tulis tak kisah sangat tentang SEO, berbaloi jugak sebab dapat pengomen yang komen2 panjang2 macam hang dan yang lain-lain juga.  : )

    Note 2 : Ehhh sikit lagi jer hang tinggal nak berjaya tentang pautan kat Echo ni.  Hang dah tulis nama, awat tak tinggalkan pautan blog hang.  Aku semak nampak "ht" jer bawah nama Krueger.

    BalasPadam
  40. =-X =-X =-X =-X =-X Haaziq pun berbahasa Melayu di sini, cayalah!

    BalasPadam
  41. :* :* :* :* :* Salam Sabtu Rizal!

    BalasPadam
  42. Sungguh menyegarkan minda membaca karangan anda dalam bahasa Melayu. Sekali-sekala baca post BM sungguh mengasyikkan. Rindu jugak menulis dalam BM, it has been so long..... *DONT_KNOW* *DONT_KNOW* *DONT_KNOW* *DONT_KNOW* *DONT_KNOW*

    BalasPadam
  43. Apa-apa pun, saya suka cara anda mengekalkan keharmonian blog dengan memadam komen2 yg nakal, semoga sejahtera sentiasa di RnR! :* :* :* :*

    BalasPadam
  44. Hi Manggis!!! :-P :-P :-P

    BalasPadam
  45. He he he saya sudah agak Monica akan kurang memahami, sungguh comel! :-D :-D :-D

    BalasPadam
  46. Rizal, I can't tweet from ur Twitter Remote widget... *DONT_KNOW* *DONT_KNOW* :-E :-E

    BalasPadam
  47. segan... pasal tu tak taruk link penuh. blog hang ramai peminat. hehehe... malu le. blog aku tak ramai.  :-[

    BalasPadam
  48. 8-) 8-) 8-) 8-) Waalaikummusalam.  Salam Ahad Marzie.. ehh dah makan?  Jumaat makan spaghetti. hehe :-D

    BalasPadam
  49. Aha, sekali sekala sengaja Rizal tulis dalam BM.  Nak buat lagi satu blog dalam BM tak larat nak jaga.  Yang satu ni pun kelam kabut nak jaga.  Haha.

    Aha.. menulis dalam Bahasa Melayu seronok juga.  Asal tak kena menulis dalam bahasa saster sudah. hehe

    BalasPadam
  50. Rumah kita, jadi kita kena lah kekalkan keharmonian rumah.  Kalau ada komentar yang nakal2 tu kita padang sahaja sebab nanti tinggalkan kesan kepada komentar yang lain pula.

    hehe.  Nasib baik tak dak yang emosi, sehingga hari ini tiada lagi yang dipadam  : D

    BalasPadam
  51. Alamk yer ke? Tak pasti pulak tu.. =-O =-O

    BalasPadam
  52. =-O =-O =-X =-X =-X :-D Memang cayolah sebab haaziq bebbahasa BM, Panjang pulak tu komennya.  Bukan senang nak tengok Haaziq berbahasa melayu. heh :-D :-D e

    BalasPadam
  53. Walaupun kurang faham, tapi MON tetap kekal CHOMEL.. heheeee :-D :-D :-D :-D

    BalasPadam
  54. Adoiii.. cittt!! macam tak percaya ajer ko ni segan.  Ishhh!! susah betul aku nak percaya. 

    Laa, blog hang kan ada ramai peminat juga.. pembaca yang berbeza je.  Ada ke situ pulak?ishh!! Ishh!! Isshhh!!

    Yes! Akhirnya ko dah pun letak link :-D :-D .  Tinggal Kak Jie je yang selalu tak letak link, katanya tak jumpa cara nak letak pautan kat sini. hehe :-D :-D :-D

    BalasPadam
  55. bile nak buat citer baru ni. aku dok asyik baca bacaan geek je. bosan. nak baca life orang gak skali sekala. entri macam ni dapat relakskan minda ar..

    BalasPadam
  56. adoiii.. kena tembak pulak.  haha.. aku pun tak tahu bila nak kemaskini.  Tu masalahnya, nama pun RestNrilekS, sampai kadang2 terover rileksnya. hehe :-P .

    Kalau aku kemaskini, maksudnya, bulan ni sahaja aku ada empat entri .. Phewwww (sebab kalaubagi aku du dah tahap cipan banyak.  haha)

    BalasPadam

Terima kasih bertandang ke RestNrilekS. InsyaALLAH. Setiap komentar akan cuba dibalas. Sila langgan jika anda suka RestNrilekS : )